" Wahai orang-orang
yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa
sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang
sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang
bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183
----------------------------------------------------------------------
Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang
diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi
dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan
Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah
fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang
bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan
ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala
syaitan......."
----------------------------------------------------------------------
PENGERTIAN PUASA
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan
dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa,
mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
PUASA WAJIB
Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.
PUASA SUNAT
(1) Puasa enam hari pada bulan Syawal
(2) Puasa hari Arafah
(3) Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
(4) Puasa bulan Syaaban
(5) Puasa Isnin dan Khamis
(6) Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap
bulan qamaria (tahun Hijrah)
PUASA MAKRUH
(1) Puasa yang terus menerus sepanjang masa
(2) Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq
PUASA HARAM
(1) Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
(2) Puasa pada hari raya pertama Haji
(3) Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari
tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13
Zulhijjah.
SYARAT WAJIB
PUASA
(1) Berakal
(2) Akhir Baligh (Cukup umur)
(3) Kuat atau mampu mengerjakan puasa
SYARAT SAH
PUASA
(1) Islam
(2) Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
(3) Suci daripada haid dan nifas
(4) Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.
RUKUN PUASA
(1) Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan
hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan
mengerjakan puasa pada hari esok.
(2) Menahan diri daripada segala yang membatalkan
semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.
PERKARA YANG
MEMBATALKAN PUASA
(1) Makan dan minum dengan sengaja
(2) Muntah dengan sengaja
(3) Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari
bulan Ramadhan
(4) Keluar darah haid atau nifas
(5) Gila
(6) Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan.
Tetapi keluar mani (7) kerana bermimpi tidak
membatalkan puasa.
ORANG YANG
DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
(1) Orang yang sakit
(2) Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi
52 batu @ 80.64 km.
(3) Orang tua yang sudah lemah
(4) Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.