PEMBANGUNAN MODAL INSAN (ROH, AKAL, JASAD)! 

HOME:::.                                                                                                                .:::CHAT BOX

10 Peringatan Sesama Insan!
  Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
  Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmiah, pergilah ke majlis-majlis  ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
  Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
  Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
  Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
  Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
  Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
  Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui dan berkasih-sayanglah sesama mukmin .
  Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita,  oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

[ RUKUN ISLAM ]

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2)  Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

[ RAMADHAN - 2009M 1430H]

PUASA adalah rukun Islam yang ketiga. Ia merupakan satu perintah wajib ke atas setiap umat Islam yang mukallaf. Jika diteliti secara mendalam, perintah puasa mengandungi dua fungsi yang utama pertama sebagai ujian dan yang kedua sebagai rahmat.

[ ERTI PUASA ] [ HIKMAH PUASA ] [ SOLAT TARAWIKH ]

 

[ SYAWAL - 2009M 1430H]

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan Syawal tahun ini. Semoga mendapat keberkatan dan kerahmatan yang melimpah ruah daripada Allah SWT…Maka marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t. dengan penuh keikhlasan ... Amin Ya Rabbal Alamin. ...

[ RUKUN IMAN ]

(1)
 Beriman kepada ALLAH SWT
(2)  Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3)  Beriman kepada Kitab-kitab
(4)  Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

 

[ WAKTU SOLAT ]

[ RUKUNEGARA ]

 

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

 

[ AMAL JARIAH ]

 
Hulurkan Sumbangan Anda Kepada Rumah Anak Yatim :::
Address
Lot 2191-2A, Pekan Makmur,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
"Pertubuhan Anak Yatim Darul Izzah"; Akaun Bank Islam: 12029010016114
Email
darulizzah@bluehyppo.com
Website
www.darulizzah.enetmyne.com
Telephone No.
03 - 89257263
Fax No.
03 - 89257263
BIMB Bangi: 1202 9010 0161 14; MayBank: 5622 6301 0212 ; Bank Muamalat: 1207 0004 2847 16

 

TERIMA KASIH. Semoga Allah menganugerahkan kejayaan kepada kita semua dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. "Wahai Tuhan Kami! Anugerahkanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan juga kebaikan hidup di akhirat" - (al-Quran al-Karim)

Online Now!

Hits Since December 19, 2005!
 

Laman ini bukanlah laman rasmi MobileMoney. Ini adalah laman individu bagi tujuan promosi.
Email : prepaidboy@gmail.com hp : 012-9789529